IRASSHAIMASE!!!!!

Monday 14 April 2014

Kisah cinta. Klasikkah???

Minggu depan nampak gayanya banyak kelas ganti yang perlu dihadapi sebab kelas minggu ini banyak yang ditangguhkan memandangkan banyak kelas ditiadakan karena (bajek dalam lagu) para lecturer ditugaskan untuk menjaga UNAS (Ujian Nasional). Jadi, minggu ni aku extra rileks. Even begitu pun, banyak yang perlu aku cover untuk pelajaran2 yang sudah tercicir. Rileks ada hikmah ni... InsyaAllah.... Dan minggu depan ujian pertengahan semester juga akan bermula yang pastinya akan diselang-selikan dengan kelas ganti.

So, sempat aku curik sedikit masa untuk update blog sambil sumbat telinga dengan earphone.

Disebabkan sekarang aku tengah dengar lagu cinta,.. So,...

Hari ni aku nak bikin story pasal cintan cintun.... hehehe... (kelip2kan mata)...

Beberapa hari lepas, aku jalan pulang dari kuliah. Melewati lorong2 kecil menuju ke rumah kos. Sambil layan perasaan dengar lagu Rindukanlah sambil membayangkan keluarga di desa (ececeh konon jer...).

Aku ternampak seorang pemuda sedang mengutip batu kecil atas jalan yang berturap.

Umurnya sekitar 18-19 tahun. Masih muda.

Setelah bangkit dari cangkungnya, matanya merenung tingkap kecil di tingkat atas sebuah rumah. Beberapa langkah mengundur ke belakang diambil. Sekadar logik batunya nanti bisa sampai ke tingkap kecil yang menjadi tujuannya.

Sebiji batu dibaling.

Aku tengok sampai situ je sebab dia perasan aku tengok dia lepas tu. Adusss.. tak perasan kantoi.

Aku buat kesimpulan, rumah tu rumah awek dia n awek tu sedang dikurung sebab cinta mereka dapat halangan orang tua. (cerita memang nak gempak sokmo).Or mungkin jugak awek dia merajuk n tak nak balas mesej n tak nak angkat phone. Apa pun mungkin... Tergantung pada imaginasi korang...






Automatik kat kepala aku terus terfikir, 'macam mana agaknya orang yang bercinta masa zaman mak ayah kita dulu?' Zaman yang masa tu internet dan sms masih belum wujud dan zaman dimana panggilan telefon hanya dibuat kalau ada something yang penting jer.

Best, kan...

Sebab aku rasa cinta zaman tu lebih valuable...

Sebab bukan mudah nak ikat siapa2 untuk jadi kekasih kita. Sebab bukan senang nak jumpa, bukan senang nak contact, bukan senang nak layan perasaan yang ntah apa2 yang kita selalu buat masa sms-ing.

Malah, bila dah berjaya ikat, bukannya boleh suka2 hati nak contact2. Yela,.. sms kan tak de lagi... Kalau tulis surat pun habis cepat 3 hari baru sampai. Kalau si dia balas dengan segera pun paling2 5 ke 6 hari baru kita dapat balasannya. (except la kalau mereka bercinta dengan jiran or orang satu kampung.) Kan, sempat rindu dulu tu... 

Maka, dengan itu, kalau kita berada pada zaman tu, kita akan lebih hargai orang yang dikurniakan pada kita, lebih menghargai kewujudannya dan tak sangat senang untuk cheating.

Agaknya sebab tu la cinta zaman mak bapak kita, zaman tok wan, moyang atuk kita lebih awet. Sebab ianya lebih bermakna.

Tapi, tak la aku anggap hidup zaman tu better than now.
Sebab banyak maklumat penting susah nak sampai.
Bila nak buat esaimen pun tak boleh nak copy-paste (contoh yang tak baik, jangan tiru).
Sebab kita mudah ketinggalan isu2 dunia.
dan seterusnya lebih mudah ditipu.

Ya, masih banyak pro n kontranya...
Bergantung pada kita macam mana nak manfaatkan kemudahan yang ada untuk bawa kita ke keadaan yang lebih baik. Mungkin. ^_^...